Thursday, March 6, 2014

Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) M41 Tugas Mencabar

Anda mahu menjadi Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) M41?

Menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bukan lah sesuatu yang mudah. Sebab itu ianya dianggap sebagai satu kerjaya yang eksklusif dan berada pada kelas yang tersendiri. Proses pemilihanya merupakan satu proses yang agak ketat dan sedikit sukar. Dalam proses penapisan sahaja, seseorang yang mahu menjadi pegawai PTD harus melalui 3 peringkat ujian yang bekal menguji kemahiran dan ilmu yang ada.

Pada peringkat umumnya, kelulusan anda dinilai sama ada anda layak atau tidak untuk memohon menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik. Bagi yang tidak dipanggil untuk peperiksaan ptd, mungkin ada masalah dengan kelulusan anda. Setelah layak untuk menduduki ujian, anda perlu bersedia dengan maklumat yang secukupnya kerana ujian ptd menuntut pemahaman dan kesedaran tentang maklumat penting. Dalam kata lain, anda perlu peka dengan isu semasa dan banyak membaca itulah persediaan utuh untuk menjawat jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik.

Setelah lulus peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD), anda akan dihadapkan ke Assessement Centre untuk dinilai dengan lebih dekat. Hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Assessment Centre (PAC). PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik

Setelah berjaya PAC anda akan di temuduga oleh panel ptd untuk menentukan sama ada anda betul-betul layak atau tidak menjadi seorang pegawai PTD. Temuduga Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) M41 bukan semudah yang disangka, tapi kalau anda cukup persediaan dan keyakinan, kejayaan adalah milik anda dan ketika itu anda layak menjawat jawatan keramat Pegawai Tadbir Diplomatik.

Bagi anda yang berminat menjadi Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) M41 anda harus bersedia daripada sekarang. Jika anda mendapat jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) anda akan dipandang tinggi kerana nilai ekslusifnya.

Jika anda mahu memohon jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) bolehlah kemukakan permohonan di laman rasmi SPA http://www.spa.gov.my/Portal/

Tim Infokerjaya yang telah membantu puluhan ribu calon peperiksaan SPA daripada pelbagai jenis peperiksaan perkhidmatan awam ada menyediakan rujukan khas Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) M41. Dengan koleksi contoh soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) M41 dan Tips Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) anda pasti memiliki PELUANG CERAH berbanding calon Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) yang tiada sebarang rujukan dan contoh soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) M41 nanti.

Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) M41 yang serba lengkap dengan contoh soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) boleh didapati dengan email ke --->>

kerjakerajaan81@gmail.com dan tuliskan tajuk "Pegawai PTD"

PILIH UNTUK LULUS!

Anda Tak Seharusnya Gagal Lagi Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) M41!

Saturday, March 1, 2014

PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD) M41

Skim Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) Gred M41

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem./Jab.: Jabatan Perkhidmatan Awam

Jadual Gaji:

Gaji Minimum ->RM2,252.80

Gaji Maksimum ->RM6,884.12

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan ->RM225.00

Syarat Lantikan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,252.80 ] atau

Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau

Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan

LULUS peperiksaan memasuki perkhidmatan tadbir dan diplomatik yang ditetapkan; dan

Kepujian B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan PTD dan mereka yang lulus akan menghadiri ‘Assesment Centre’ di INTAN. Hanya calon yang melepasi ‘Assesment Centre’ itu akan ditemu duga. Calon-calon yang berjaya dalam temu duga dan diluluskan oleh Suruhanjaya untuk perlantikan ke jawatan PTD Gred M41 dikehendaki mengikuti latihan Diploma Pengurusan Awam di INTAN dan lulus latihan berkenaan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.

Deskripsi Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Bidang Tugas Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41

Secara ringkasnya, ada 8 bidang teras dalam PTD iaitu:

1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
2. Pengurusan Kewangan,
3. Keselamatan dan Pertahanan Negara,
4. Pengurusan Teknologi Maklumat,
5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
7. Pengurusan Ekonomi dan
8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.

Bagaimana mahu memohon Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) M41?

Permohonan boleh dibuat melalui SPA8 di link berikut --->> http://www.spa.gov.my/Portal/

Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) M41

Anda boleh baca serba sedikit informasi berkenaan Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) M41 di link berikut --->>

http://www.studyadvisor.com.my/pegawai_tadbir_dan_diplomatik/buku_panduan_peperiksaan_ptd.pdf

RUJUKAN LULUS DENGAN MUDAH PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (PTD) M41

Tim Infokerjaya ada mengeluarkan rujukan khas yang diberi nama Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) M41 yang menyediakan banyak contoh soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) M41 beserta jawapan. Ini amat membantu calon Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) M41 membuat persediaan rapi dan sistematik supaya tidak gentar untuk menghadapi Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) M41 nanti.

Jika anda mahu LULUS dengan MUDAH Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) M41 email ke :

kerjakerajaan81@gmail.com dan tuliskan tajuk "Pegawai PTD"